Saturday 28 May 2011

KeK oren VersioN Rice cOOker

~~BLENDED ORANGE CAKE (RICE COOKER version)~~

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji orange
1 cawan gula perang/ gula pasir
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri (SRF)*
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair (anchor brand)
1/2 cawan minyak jagung 
Secubit garam 

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Oren dicuci dan dilap kering, hiris/sagat kulit oren
tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil 
isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
2. Panaskan rice cooker (Gune mode porridge). 
3. Dalam alat pengisar makanan atau blender, 
masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak 
dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan 
sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi 
sedikit dan dikisar hingga sebati.
4. Tuang dalam periuk rice cooker dan tutup sehingga 
1 jam, bergantung pada rice cooker masing2. 
Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan.



Tambah kapsyen

BANCUHAN LEBIH KURANG NIE LA


nYang nie gamba dah hampir siap masak

nie hasil nyee..tp xcantik sgt sbb sku byk cuck2 nak tgk masak ke tak...tp rase  sedap tau...ahaksss


Iklan Nuffnang