Oleh
kerana harga mutiara yang
mahal sehingga memungkinkan pemalsuan, banyak cara dilakukan manusia untuk
menghasilkan mutiara yang serupa dengan aslinya. Bahannya pun bervariasi dari
jenis batuan tertentu seperti kaca, plastik dan bahkan dari cengkerang kerang.
·
Mutiara air laut berasal dari laut, harga ditentukan oleh berat, warna, kualiti dan
kilauannya, tahan apabila dibakar dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak
boleh tercalar.
·
Mutiara air tawar berasal dari air tawar, besar dan berat hampir sama, harga lebih murah
daripada mutiara air laut, terbakar apabila dibakar tetapi tidak meleleh dan
apabila digigit terasa pasir tetapi tidak mudah tercalar.
·
Mutiara plastik, warna sama seperti mutiara air tawar, ringan, harga yang sangat murah,
apabila dibakar akan meleleh dan apabila digigit terasa licin dan mudah
terkelupas.
Mutiara
Asli pula terdiri daripada mutiara air masin dan mutiara air tawar. Mutiara air
masin adalah mutiara yang original dikeluarkan daripada dalam tiram dari laut
masin…manakala mutiara air tawar adalah mutiara original yang dikeluarkan
daripada dalam tiram yang diternak secara komersial di dalam kolam-kolam atau
pun sungai. Harga mutiara air tawar adalah lebih murah berbanding daripada
mutiara air masin dan bentuknya pula tidak berbulat tepat.Mutiara asli sesuai
untuk dijadikan rantai leher, gelang tangan, cincin, rantai cermin mata, tali
jam tangan dan bermacam-macam aksesori lain lagi.
Sejauh mana kita dapat menilai mutiara yang kita
pegang tu adalah asli? Di pasaran sekarang ni terdapat pelbagai jenis mutiara
dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa dan warna…Memang rambang mata nak
menentukan keasliannya…silap haribulan manik plastik pun kita anggap mutiara
asli …
So disini ada beberapa tips atau panduan yang
boleh digunakan untuk menentukan keaslian mutiara..
1) Panduan pertama..mula-mula dari segi pemerhatian
kita…tengok permukaan mutiara tu…mutiara asli permukaannya tak licin mcm guli
tu…bentuk mutiara asli bukan bulat sepenuhnya…kadangkala bentuk mutiara asli
seperti bujur atau tidak rata…
2) panduan kedua pula ialah tentang berat mutiara
tersebut..tengok berat ke ringan.. kalau itu mutiara asli anda akan dapat rasa
beban beratnya apabila anda menimbang mutiara tersebut menggunakan
tangan(lambung-lambjngkan biji mutiara…)
3) sekiranya anda masih tidak berpuas hati lagi
atau masih ragu-ragu dengan timbangan anda,anda cuba kopek bahagian luar mutiara
tu…kalau bahagian luar mutiara tersebut terkopek ..maka ia adalah mutiara palsu
kerana mutiara asli tidak akan terkopek walau apa cara pun..
4) Masih tidak berpuas hati?Gigit mutiara tu…
Mutiara asli permukaannya akan rasa sedikit kesat dan berpasir…dan akan ada
kesan ngilu pada gigi anda.Mutiarayang asli adalah sangat keras.Sekiranya anda
cuba mengigit mutiara palsu pula,anda akan berasa biji mutiara itu sangat
licin..
5) Kaedah selanjutnya yang boleh diguna pakai untuk
mengetahui keaslian sebutir mutiara ialah dengan membakar mutiara
tersebut..Kaedah ini sangat popular dikalangan penjual-penjual mutiara
asli..Mutiara yang asli tidak akan terjejas walau sedikit pun kesan daripada
pembakaran tersebut..sekiranya biji mutiara itu tidak memberikan tindak balas
seperti contohnya lecur/cair semasa dibakar maka mutiara itu adalah ASLI..Salah
satu keajaiban ciptaan Tuhan yang sangat indah dan amat bernilai…
Tips supaya perhiasan tahan lama.
Mutiara
adalah sesuatu yang halus dan lembut, memerlukan penjagaan yang istimewa dan
cara pembersihan tertentu bagi memastikan kilauan dan kecantikannya kekal.
Sedangkan mutiara kultur(ternak) yang mempunyai lapisan mutiara yang tebal pun
boleh rosak sekiranya tiada penjagaan yang rapi.
Cara
yang terbaik untuk membersihkan mutiara adalah kebiasaan lap dengan kain yang
kering dan lembut. Setiap kali anda memakai mutiara, ingat untuk lapkan sebelum
menyimpan semula kedalam bekasnya. Ini untuk melindungi mutiara dari dirosakkan
oleh asid peluh. Sekali sekala cuci mutiara dengan sabun bayi. Gunakan tangan
kerana menggunakan berus boleh merosakkan lapiran mutiara. Sabun bayi adalah
yang terbaik. Simpan dalam keadaan kering dan jangan digantung untuk
mengeringkannya.
Apabila
membersihkan mutiara elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi ammonia,
sabun yang kasar dan pencuci. Jangan sesekali steam mutiara anda kerana
kepanasan boleh merosakkannya. Sekirannya pada mutiara terdapat daki kotoran,
gunakan kuku jari adalah cara terbaik untuk menyingkirkannya.
Memandangkan
mutiara terdiri dari kalsium karbonat maka warnanya boleh dirosakkan oleh
asid, jadi elakkan dari bahan kimia seperti vinegar, alcohol, ammonia dan
penyembur rambut, pencuci, minyak wangi, air kolam renang dan kosmetik. Anda
boleh memakai mutiara selepas memakai makeup, penyembur rambut dan minyak
wangi. Seeloknya pakai mutiara di atas pakaian dan jangan terus di atas kulit
anda. Ingat untuk menanggalkan mutiara bila anda bersenam, berenang atau mandi.
Mutiara boleh menyerap minyak wangi dan penyembur rambut, jadi elakkan dari
memakai mutiara bila ke salon rambut. Juga elakkan dari memakainya semasa anda
memasak, kerana mutiara boleh menyerab asap dan wab dari masakan. Mutiara juga
mengandungi sedikit air dan protein, jadi jauhi dari tempat yang panas dan
kering, elakkan dari pancaran terik matahari. Mutiara juga mengandungi bahan
organik dan memerlukan udara segar dan kelembapan, jadi pakailah mutiara
sekurangnya sekali dalam sebulan. Lap secara kerap kerana mutiara boleh
menyerap minyak wangi dan peluh, begitu juga dengan habuk. Sekiranya tercalar,
gunakan olive oil dan sapu dengan lembut di kawasan yang tercalar itu.
Simpan
perhiasan mutiara anda berasingan dengan set perhiasan yang lain kerana
perhiasan yang keras boleh merosakkan mutiara anda. Simpanlah mutiara anda di
dalam bekas khas dan elakkan dari tersentuh dengan benda-benda keras. Menjaga
mutiara secara kebiasaan akan memanjangkan hayat mutiara anda.
·
Elakkan
dari terkena peluh.
·
Jangan
kerap terkena air.
·
Hindarkan
dari terkene sabun, hand body dan bahan kimia.
·
Simpanlah
dalam keadaan kering dan dilap dengan kain lembut.
·
Jangan
disimpan di tempat yang lembab.
Tips menggayakan mutiara
Sebaiknya
mutiara digayakan berdasarkan warna kulit, sebagai contoh orang yang berkulit
kuning langsat, match menggayakan mutiara yang berwarna cerah.